Masyaallah, Memasak Untuk Suami di Dapur Adalah Jalan ke Surga Termudah Untuk Wanita

Salah satu pesan orang tua kepada  anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
12 Alasan Kenapa Wanita Sholeha Layak Jadi Istri Idaman
Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius  melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya.
Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah–olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami.
Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan   perjuangan dan matlamat seorang wanita muslimah.

Dapur Tempat “Berkarier”. Tempat Memupuk Kasih Sayang Kepada Suami

Betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`.
Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya memberi pahala dengan pembantu rumah.
Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat  perkembangan kreativiti wanita.
Hanya orang-orang yang belum mengerti kedamaian melayani suami, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita

Belum ada Komentar untuk "Masyaallah, Memasak Untuk Suami di Dapur Adalah Jalan ke Surga Termudah Untuk Wanita"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel